Assalamualaikum dan Aloha Frenssss,

Minggu ni UTeM tutup bersempena minggu H1N1 sedunia. Anyway, bukan cuti free ye tuan-tuan dan puan-puan. Hanyalah cuti semester yang diawalkan. Aku diberitahu hanya pelajar yang cuti tapi staf perlu kerja seperti biasa (walau digalakkan juga ambil annual leave). Pagi ni aku pergi kerja macam biasa tapi office sunyi sepi da… Anyway takpelah. Lepak jap di office. Settlekan kerja sket.

Sambil tu meh nak cerita lawatan aku ke Borneo bebaru ni. Story yang agak dah nak basi tapi kehangatannya masih terasa gitu huhuhu ;) Dekan telah mengarahkan aku mengambil alih tugas Dr Ajian sebagai wakil fakulti utk program promosi pascasiswazah. Seperti biasa, aku sebagai pekerja yang bertanggungjawab, cemerlang, gemilang lagi terbilang ni, tanpa banyak cekadak, hanya menurut perintah. Memula plan nak pergi seorang, tapi setelah lihat list participant ke Borneo tu semuanya jejaka, maka aku pun angkut sekalilah mrhenri walau terpaksa bayar RM1000++ utk tiket MAS. Aku bukan takut pergi sensorg… no hal, memang berani punyer… Yang aku risaukan ialah kalau aku nak merayap di bandar KK dan Kuching nanti aku nak ajak siapa. Especially waktu malam. Kaki aku ni bukan boleh dok dlm hotel jek, mesti nak rayap ke bandar… shopping shopping gitu. Nasib baik mrhenri sudi mencutikan diri dari kerjanya dan follow…

Memula delegasi UTeM ke Politeknik Kota Kinabalu. Prof Razali Muhamad sebagai Dekan Pusat Pengajian Siswazah (PPS) memulakan majlis dengan memperkenalkan dan menerangkan tentang program Master dan PhD yang ada di UTeM. Kemudian wakil fakulti menerangkan lebih lanjut tentang program Master dan PhD di fakulti memasing. Alhamdulillah, aku tak nervous. Presentation aku selama ~ 15 – 20 mnt tu aku kategorikan sebagai success jugalah. Alhamdulillah… di akhir sesi, kami menerima feedback yang ~15 org berminat membuat pendidikan jarak jauh master kerja kursus dalam bidang kejuruteraan pembuatan. InsyaAllah geng PPS sedang susun atur program ni. Mudah-mudahan dapat dijalankan untuk pengambilan Disember. 

Gambar-gambar dari camera Zulfatria, PP PPS.

IMG_1337

@ Poli KK...

IMG_1342

Puan Izan sedang memebelakangkan camera...

IMG_1352

Prof Razali Ayob & En Nizam Ayof

IMG_1353

Delegasi UTeM @ Politeknik Kota Kinabalu, Sabah.

IMG_1370

Promosi di Politeknik Kuching, Sarawak

 

2 Responses to “Promosi Program Pascasiswazah”

  1. mumyiris Says:

    mana gambo philipino market?.. hehehe…

  2. Linda Says:

    wah… master dh boleh buat secara pjj? menarik tu. gambo prof razali ayob pn ada (bapa angkat kt UTEM utk program yg ala2 mentor tu)


Leave a Reply