TF FAQs

May 25, 2009

1. Apakah itu Transfer Factor (TF)?

Ia adalah zat molekul halus yang bijak (immune IQ) yang terdapat dalam kolostrum (susu awal). Ia bertindak sebagai pemberi maklumat kepada sistem imun tubuh badan. Setiap mamalia (manusia atau haiwan) yang menyusukan anaknya akan mengalihkan kepandaian sistem imun seluruh hidupnya kepada anaknya melalui susu awal yang dinamakan kolostrum. TF adalah “Senjata Daya Imun” yang paling berharga di dalam kolostrum.

2. Apakah itu Kolostrum?

Kolostrum adalah susu awal yang terdapat dari 1 – 3 hari selepas si ibu melahirkan.

3. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘kepandaian sistem imun’?

Setiap manusia atau haiwan akan sentiasa diserang oleh berbagai jenis kuman, virus, kulat, hama, habuk, parasit dan kerosakan-kerosakan dari luar – yang mendatangkan penyakit. Sistem imun lah yang sentiasa memerangi musuh-musuh ini. Apabila musuh menyerang, gambaran rupa musuh-musuh itu akan di simpan dalam ingatan molekul halus yang dinamakan Transfer Factor. TF bertindak sebagai “kamera penyimpan maklumat-maklumat” bentuk rupa jenis-jenis kuman, virus, kulat dsb.

4. Apakah yang mendorong para saintis untuk mencari TF dalam kolostrum?

Melalui pengamatan, mereka dapati bahwa anak-anak lembu yang tidak diberi susu awal ibunya selepas dilahirkan akan mati dalam beberapa hari, walaupun terdapat banyak makanan lain yang diambilnya. Infeksi dari serangan kuman, virus dan kulat adalah sebab-sebabnya. Pengkaji dapati bahwa anak-anak lembu yang baru dilahirkan tidak mempunyai sistem ketahanan yang terbentuk dan tidak mengenali rupa-rupa jenis kuman, virus, kulat dsb. Dengan adanya TF, sistem ketahanan anak-anak lembu dapat mengenali musuh-musuhnya, lantas dapat mempertahankan diri dari serangan.

5. Apakah sejarah disebalik TF?

Pada tahun 1949, Doktor H. Sherwood Lawrence, dalam kajiannya mencari penawar penyakit batuk kering (tuberculosis), mendapati bahwa sistem imun dari seorang yang sudah pulih dari penyakit, boleh dialihkan kepada orang lain yang belum terkena penyakit tersebut. Ia gelar sistem tersebut sebagai “Transfer Factor”.

6. Apakah fungsi Transfer Factor?

a) Meningkatkan aktiviti sel “Natural Killer” ketahap 200% – 400%. Ini adalah 10-30 kali ganda lebih tinggi kekuatan peningkatan daya imun berbanding dengan segala jenis herba atau makananmakanan kesihatan yang pernah dikaji oleh sains. Sel NK adalah bahagian yang paling penting dalam sistem katahanan tubuh badan buat menentang infeksi dari penyakit. Ia meredah, mencari dan memusnahkan bentuk-bentuk infeksi dan sel-sel berpenyakit. Sel NK adalah sangat penting dalam melawan dan membunuh sel-sel kanser dan sel-sel yang berinfeksi akibat serangan virus, kuman, kulat dsb.

b) Meningkat IQ sistem imun (kebijaksaan) – TF memiliki gambaran rupa beribu-ribu jenis kumankuman perosak. Ia akan mengalihkan gambaran ini kepada sel-sel imun, supaya dapatmengenali musuh-musuh dengan cepat. TF memberikan informasi tepat supaya sel-sel imun dapat bertindak segera, menghapuskan kuman-kuman perosak, virus dan kulat, sebelum ia bertapak dan membiak didalam tubuh badan.

c) Menenangkan sistem imun yang terlalu aktif – Sistem imun yang diluar kawalan akan menyerangkan sel-sel baik dan juga tisu tubuh badan. Ini digelar dengan “penyakit autoimmune”. Bahagian penenang TF akan menenangkan sel-sel imun apabila musuh-musuh telah berjaya diatasi, dan mengarahkan sel-sel imun ke tempat lain yang diperlukan. Bahagian penenang ini adalah sangat penting untuk penyakit-penyakit autoimmune seperti lupus, arthritis, allergy, asthma, multiple sclerosis, psoriasis dan banyak lagi.

7. Jika TF terdapat dalam kolostrum, mengapa tidak mengambil kolostrum sahaja?

TF tidak membawa pada alergi, sedangkan kolostrum mengandungi banyak antibody (protein susu yang kasar), sesuai untuk anak lembu, iaitu casein dan immunoglobulin, yang boleh membawa alergi pada manusia. TF tidak tertakluk pada mamalia tertentu, bermakna ia adalah sama mahupun dalam manusia ataupun mamalia lain. Kolostrum juga hanya mengandungi sedikit sahaja TF, dan anda harus mengambil 45,000mg kolostrum untuk mendapatkan 600mg TF. lni bermakna 1 biji TF adalah sama kekuatannya dengan 75 biji pil kolostrum.

8. Bolehkah orang-orang yang mempunyai alergi kepada susu atau ‘lactose intolerant’ mengambil TF?

Seperti yang diterangkan diatas, TF tidak membawa pada sebarang alergi, kerana ia tidak mengandungi susu, lemak susu atau gula susu (lactose). Semua itu telah diasingkan oleh sistem ekstrasi canggih milik 4Life Research. Yang terdapat didalam TF adalah pati molekul “imun IQ”.

9. Saya sedang mengamalkan makanan-makanan kesihatan lain seperti zat-zat vitamin, herba, enzyme dan lain-lain. Apakah perlu saya mengambil TF?

TF bertindak terus kepada sistem yang paling penting dalam tubuh badan manusia. iaitu sistem imun ataupun daya menentang penyakit. Tanpa daya imun, manusia tidak dapat hidup. Dengan tidak memberikan sistem imun makanan tepat yang diperlukan, sistem imun itu akan mencuri bahan-bahan yang diperlukan dari sistem-sistem yang lain kerana ia adalah fungsi yang terpenting. Makanan tambahan lain hanya memberikan zat pada sel dan organ tetapi tidak dapat memberi informasi atau kebijaksanaan kepada sistem imun untuk mengenali musuh-musuhnya. Sama juga seperti seorang yang kuat, jika bodoh atau gila, nescaya akan dapat dikalahkan juga oleh musuh-musuhnya.

10. Adakah terdapat bukti-bukti sains yang membuktikan TF dapat meningkatkan daya imun jauh lebih tinggi dari makanan kesihatan lain?

Ya! Walaupun makanan kesihatan lain mempunyai fungsi-fungsi tertentu dalam kesihatan manusia, TF memainkan peranan paling penting dalam daya melawan penyakit. Kajian sains yang dijalankan selama 7 tahun (1992- 1999) oleh Jeunesse Inc – Institute of Longevity Medicine, California, keatas 198 produkproduk terkenal didunia ini yang terbahagi kepada lebih 400 ramuan, telah membukti penemuan ini. Dalam 198 produk, cuma 46 sahaja yang dapat merangsang sistem imun dari 10% – 48%. TF dan TF+ dapat merangsang sistem imun ketahap 283% dan 437% (sila lihat laporan penyelidikan).

11. Adakah kajian TF telah dibuktikan dan disahkan oleh sains?

Sejak penyelidikan Doktor Sherwood Lawrence pada tahun 1949, terdapat lebih 3,500 laporan sains tentang kajian klinikal TF yang melibatkan beribu-ribu pakar perubatan dari seluruh dunia termasuk pakar-pakar bedah, doktor dan saintis-saintis terbilang. Penyelidikan keatas TF menelan belanja sejumlah US$40 juta.

12. Jika TF terlalu bagus dan berkesan, mengapa tidak doktor-doktor menggunakannya di klinik?

Terdapat ramai para doktor di Amerika dan Eropah yang sudah mula menggunakan dan mengesyorkan TF kepada pesakit-pesakit mereka. TF juga disenaraikan dalam buku PDR (Physicians’ Desk Reference) iaitu buku panduan dan rujukan para doktor di USA. Terdapat beribu testimoni dari pesakit-pesakit yang menggunakan TF, dan juga para doktor yang menganjurkan TF.

13. Adakah selamat menggunakan TF?

la adalah 100% selamat, asli dan tanpa sedikitpun kadar toksik. Pengkaji telah memberikan dose sehingga 2,000 kali ganda kepada sukarelawan untuk ujian klinikal dan mendapati tiada langsung kesan sampingan.

14. Adakah semua orang boleh mengambil TF?

Ya. Dari bayi yang baru lahir sehingga orang tua, boleh mengambil TF kerana ialah adalah produk kurniaan alam semulajadi.

15. Adakah informasi tentang keselamatan menggunakan TF?

Pada tahun 1980, FDA (USA) meluluskan kolostrum (susu awal lembu) dan diikuti dengan kelulusan mengambil TF dari kolostrum untuk kegunaaan manusia pada tahun 1985.

16. Siapakah yang boleh mendapat manfaat dari pengambilan TF?

Semua orang yang ingin mencegah serta merawat apa sahaja penyakit dan juga mereka yang mahukan tenaga yang lebih, perlu mengambil TF.

17. Saya cukup sihat. Apakah perlu saya mengambil TF?

TF mendidik sistem imun kita untuk mengenal dan sentiasa bersedia terhadap serangan musuh-musuh di dalam tubuh badan kita. Serangan musuh-musuh ini terjadi setiap hari di dalam tubuh badan, akibat corak kehidupan zaman ini seperti pencemaran kepada makanan, air dan udara. Pencegahan adalah lebih utama dari merawat. Kadangkala penyakit boleh merosakkan organ kita sehingga ketahap tidak dapat dipulihkan kembali. Lagipun, walaupun kita sihat, sistem imun kita terpaksa bekerja ‘overtime’ setiap hari, dalam memastikan kita tetap hidup. Ini boleh menyebabkan kita selalu berasa letih dan lesu, jika sistem ketahanan tidak mendapat TF yang secukupnya.

18. Saya sedang mengambil ubat doktor. Bolehkah saya mengambil TF juga?

Ya, boleh! TF adalah asas “sistem ketahanan asli” untuk manusia dan ia tidak bercanggah dengan apa sahaja ubat-ubatan doktor, malahan TF akan mempercepatkan proses penyembuhan seseorang itu.

19. Bolehkah wanita hamil mengambil TF?

Ya, boleh. Tidak terdapat sebarang laporan kesan sampingan dari wanita hamil yang mengambil TF. Namun begitu adalah lebih baik meminta nasihat doktor masing-masing, terlebih dahulu. Walaubagaimanapun, TF Plus tidak dianjurkan untuk wanita hamil.

20. Bagi seseorang yang tidak boleh menelan kapsul, bagaimanakah cara untuk mengambil TF Plus?

Kapsulnya boleh dibuka dan campurkan isi kandungannya kepada air, bubur atau sebarang makanan lembut.

21. Adakah TF sama seperti zat, vitamin, galian dan enzyme?

Tidak. TF adalah suplement lain dari yang lain, dan tertakluk pada jenis tersendiri. TF adalah “otak” ataupun IQ kepada sistem imun.

22. Adakah TF terlalu mahal?

Jika dibandingkan dengan daya kekuatan dan keberkesanan TF dalam merangsang sistem imun, ia adalah jauh lebih murah daripada produk-produk kesihatan lain. Contohnya, Jus Noni dan Aloe Vera merangsang sistem imun setinggi 15% sahaja dengan TF Plus yang dapat merangsang sistem imun setinggi 437 %, iaitu 29 kali ganda lebih tinggi! Jika satu botol Jus Noni, Aloe Vera berharga RM80, anda harus berbelanja RM2,320 untuk mendapat kekuatan yang sama seperti 1 botol TF Advanced Plus yang berharga RM232

23. Adakah selamat untuk mengambil lebih TF dalam sehari?

Ya, selamat. Tidak terdapat sebarang laporan kesan toksik dari pengambilan berlebihan TF.

24. Bolehkan seseorang itu mengambil lebih banyak TF Advanced Plus dari apa yang disyorkan?

Kadangkala seseorang itu perlukan dose yang lebih tinggi dalam jangka masa pendek bagi sokongan yang lebih kuat kepada sistem imun dalam menghadapi penyakit-penyakit tertentu. Cara yang terbaik untuk memulakan mengambil TF Adv Plus adalah dengan mengikut dose yang tercatit di label.

25. Bolehkan TF diambil bersama zat-zat vitamin, mineral, enzyme, ginseng, gamat atau herba2 lain?

Ya, boleh. TF tidak bercanggah dengan nutrien-nutrien lain.

26. Apakah penyakit-penyakit yang memerlukan TF?

Semua penyakit dari yang ringan seperti selsema, kepada yang berat seperti barah, sakit jantung, buah pinggang, kencing manis, bisa lutut, sawan, darah tinggi dan sebagainya, memerlukan TF. Apabila seseorang itu berpenyakit, itu menunjukkan bahwa sistem ketahanannya sudah kalah. TF akan mengejutkan dan merangsang sistem ketahanan seseorang itu untuk melawan dan mengatasi penyakit2 tersebut.

27. Mengapa lembu dipilih sebagai sumber TF?

Lembu mempunyai susu awal yang cukup banyak. TF tidak tertakluk kepada jenis tertentu, bermakna ia sesuai dan boleh digunakan oleh manusia walaupun unsurnya adalah dari mamalia lain. Lembu juga lebih terdedah pada cabaran-cabaran alam sekitaran seperti kotoran, kuman, virus, hama, kulat, habuk dan sebagainya, menjadikan sistem imunnya jauh lebih gagah dari manusia. lni bermakna TF dari unsure kolostrum lembu mempunyai banyak “pengalaman” dan “kebijaksanaan” dalam mendidik dan merangsang sistem imun.

28. Adakah kemungkinan TF atau kolostrum dicemari oleh kuman lembu gila (Mad Cow Disease)?

a) Tidak mungkin. Pakar-pakar tentang penyakit lembu gila telah mengesahkan bahwa kuman BSE (bovine spongifonn encephalopathy) tidak masuk ke saluran mammari ke kolostrum. Pemeriksaan kepada semua lembu-lembu yang diserang penyakit lembu gila tidak satu pun yang mempunyai susu yang dijangkiti. Para saintis juga mendapati bahwa kesan jangkitan kuman pada tahap terakhir berada di otak dan tulang belakang lembu. Tidak pernah terdapat susu yangdijangkiti.

b) World Health Organization (WHO) memberi kenyataan: “Ujian keatas susu dari lembu-lembu yang dijangkiti kuman BSE tidak menunjukkan sebarang jangkitan. Susu dan produk-produk yang diperbuat dari susu telah disahkan selamat dan bebas dari jangkitan sebarang kuman walaupun di negara yang mernpunyai banyak insiden penyakit lembu gila (Great Britain).”

29. Mengapa harus saya mengambil TF jika saya sudahpun menerima informasi sistem imun sewaktu saya masih bayi?

TF yang kita terima dari ibu kita sewaktu barn dilahirkan dahulu membantu sistem imun kita untuk cabaran-cabaran pada masa itu. Sekarang kita mengahapi banyak cabaran-cabaran baru sedangkan sistem imun kita semakin lemah akibat umur  yang meningkat. Menguatkan sistem imun adalah tersangat penting untuk kesihatan yang berpanjangan.

30. Berapa kerap harus saya mengambil TF?

Setiap hari, tubuh badan kita menghasilkan sel-sel imun baru yang memerlukan informasi. TF harus diambil setiap hari bagi memastikan sistem imun kita sentiasa mendapat sokongan dan didikan bagi menghadapi cabaran-cabaran yang sentiasa memenuhi alam sekitaran kita. Apatah lagi dizaman sekarang dimana penyakit-penyakit baru berupa serangan virus seperti SARS, hand, foot and mouth disease, bird-flu, HIV-AIDs, semakin berleluasa. Para saintis juga telah mendapati bahwa kebanyakan penyakit-penyakit adalah berpunca mulanya pada serangan virus dan kuman. Ini termasuk penyakit kencing manis, jantung, TB, sawan, semput dan sebagainya.

31. Adakah sebarang peluang bagi syarikat-syarikat lain juga meniru dan menjual TF di pasaran?

Syarikat-syarikat lain akan sentiasa mencari jalan untuk meniru dan menjual TF kerana mereka tahu bahwa TF mempunya pasaran yang sangat luas. Tetapi, perlindungan milik hak-cipta (patent) telah diberikan hanya kepada syarikat 4Life Research sahaja di dunia ini. Ini disebabkan proses mengasingkan TF dari kolostrum yang sangat rumit telah dapat dihasilkan oleh para-para saintis di 4Life Research setelah beberapa tahun menjalankan penyelidikan dan kajian. Dan produk TF milik 4Life Research sahaja yang disertakan dalam buku rujukan dan panduan para doktor (PDR), bukan TF dari syarikat-syarikat lain. Ini bermakna hanya 4Life Research sahaja yang memiliki TF yang diakui kualiti serta keberkesanannya.

32. Adakah saya perlu mempunyai latar belakang pengetahuan sains atau ubat-ubatan untuk berkongsi sama tentang Transfer Factor?

Tidak. Konsep TF mudah diterangkan kerana ia adalah bahan asas dalam sistem ketahanan manusia. Dimana mana, manusia sentiasa mencari jawapan dalam menjaga kesihatan dan meningkatkan daya melawan penyakit (peningkatan imun). ibu, bapa, kaum remaja, kanak-kanak kecil dan mereka yang sudah lanjut usia, semuanya sedang menghadapi cabaran-cabaran yang semakin hari semakin meningkat, dalam mengekalkan kesihatan tubuh badan. Dengan berkongsi-sama informasi yang terdapat di risalah ini, kebanyakan dari soalan-soalan akan terjawab, dan anda secara tidak langsung, telah melakukan amal kebajikan dengan menyebarkan ilmu pengetahuan yang sangat penting dalam kehidupan umat manusia, sesuai dengan hadis nabi yang berbunyi “sebaik-sebaik manusia adalah manusia yang paling banyak memberi manfaat kepada manusia lain.

Syarikat disenaraikan dalam INC 500 (profil syarikat-syarikat swasta) pada tahun 2003 sebagai syarikat MLM #1 paling pesat berkembang di USA dengan pertumbuhan 6,109%!

Memecahkan REKOD PENJUALAN setiap minggu! USA, Jepun, Korea, Mexico, Australia, New Zealand, Germany, France, Canada? (akan membuka cawangan di Thailand, Brunei, Indonesia, Philippines, HK & Taiwan!)

Plan pemasaran compressed uni-level yang membayar bonus ACTUAL TERTINGGI DI DUNIA & dicipta khas supaya ahli-ahli baru & juga ahli sambilan mudah raih pendapatan tinggi dalam waktu yang singkat.

Penemuan TERBARU oleh para saintis terbilang tentang Produk Imun (pembina daya lawan penyakit) yang TERHEBAT di dunia, dengan kekuatan melebihi 500% dari lain2 produk kesihatan yang pernah dikaji oleh dunia sains sebelum ini.

PRODUK UNIK TANPA SAINGAN - BUKAN vitamin, galian, enzim, herba, madu, hormon atau dadah. PATENT EKSKLUSIF SELAMA 20 TAHUN – U.S 4816563 (Perlindungan Hak Cipta) & PRODUK TIDAK TERDAPAT DIPASARAN atau dari lain-lain MLM kecuali dari SYARIKAT INI SAHAJA! Produk disenaraikan dalam ‘PDR’ (Physician’s Desk Reference) iaitu BUKU RUJUKAN yang digunakan oleh para doktor di klinik & juga hospital untuk merawat para pesakit. Lebih 3,500 LAPORAN SAINS & UJIAN KLINIKAL serta pengesahan tentang KEHEBATAN produk oleh para saintis & doktor terbilang di dunia.

izansyahriah@gmail.com

Membership ID: 6694599

4Life Seminars

May 22, 2009

You are invited to 4Life Winners Team Training (WT) and Business Opportunity Seminar (BOP)

(If you are interested to join, no early registartion is required. Just walk in. But if you could email me (izansyahriah@gmail.com) or sms me (0127709749) your full name and handphone number will be great so that I can ensure 4Life team members entertain you when you’re there. Anyway, for those in Melaka and Seremban, insyaAll I will be around)

1. Melaka

24 Mei 2009 / 10 am – 6 pm @ Hotel Sri Malaysia, Air Keroh. RM 30 per pax for lunch and materials

2. Kuantan, Pahang

25 Mei 2009 / 8 pm / Hotel Vistana, Kuantan (no fee)

3. Shah Alam, Selangor

26 Mei 2009 / 8pm (no fee) / No 2 Tingkat 4, Jln Tengku Ampuan Zabedah D9/D, Seksyen 9 (atas Bank Persatuan). Phone: 03-58801690

4.  Kota Bahru, Kelantan

27 Mei 2009 / 8pm / 4Life Center in KB, PT 342, Tingkat Bawah, Seksyen 25, Jln Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bahru, Kelantan. Phone: 09-7431178

5. Petaling Jaya, Selangor

27 Mei 2009 / 8 pm / 4Life HQ Amcorp Mall, Unit 5.02, 5th Floor Amcorp Tower, 18 Jln Persiaran Barat, 46050 PJ.

6. Seremban, N9

28 Mei 2009 / 8pm / 4Life Seremban, 80-A-1, Lrg Haruan 5/4, Oakland Commercial Square, 70300 Seremban, Negeri Sembilan.

7. Kuala Terengganu

29 Mei 2009 / 3 pm / Hotel Grand Continental Kuala Terengganu

8. Alor Star, Kedah

29 Mei 2009 / 3 pm / 4Life Alor Star, No 123, Ground Floor, Kompleks Sultan Abdul Hamid, Susuran Sultan Abdul Hamid 1B, 05050 alor Star, Kedah. Tel: 04-7719899

~ There is more, but I will confirm it soon. ~

Speaker:

Fadzli (Gold International Diamond)

Nadzrul (International Diamond)

Dr. Siti Aniza (International Diamond)

LOGO

Nur Izan Syahriah Hussein

Membership ID: 6694599

Kena attack

May 18, 2009

Khas utk tatapan kengkawan Notts dan ex-Notts,

Sabtu lepas satu perjumpaan tak rasmi ex-Notts zon selatan telah diadakan. Saya tulis tak rasmi sbb takde surat rasmi hehehe. PA merangkap tuan rumah tak kuorkan surat da… Sebenarnya ada ramai lagi ex-Notts belah southern ni. Jadi kalau perjumpaan rasmi kena invite semua ler kan… Perjumpaan kali ni cetusan idea dari Ima yg boring hari minggu tak tahu nak gie mana. So thanks Ima. Idea baeeeek punyer… Kali ni Taman Mekar kena attack!!! Lagi baekkkk sbb Ima sudah ‘paksa’ itu host masak best2 (walau kitorg tau dia masak apa pun memg best ;) ). hehehe…

Oklah korang, aku memang takleh nak tulis panjang2. Bertimbun2 kerja ni. Korang tunggu jeklah Ima aka mrs1zn1 dan Kak Laily aka mummyiris membuat liputan penuh aktiviti kitorg @ mummyiris’s place di blog mereka.

Air Itam 008

Semasa mummy and daddy sedang sakan berborak-borak, Illya, Amat dan Liyana gasak main air. Amat siap buat slide lagi kat atas lantai.

Air Itam 009

Biasanya Muadz orang pertama beriya2 buka baju kalau jumpa air (pengalaman kat campsite), tapi kali ni dia tak join plk. Adz kata, 'Adz nak main car...'

Air Itam 013

Sorry dear aunties and uncles, this is my nap time...

Air Itam 014

Kitorang sampai ~ pkl 12 tghari. Memang timing elok2 jek utk makan. Korg tgklah lauk mummyiris tu. Banyak ko!!! Sedap-sedap plk tu. Gasak aku meratah lauk, ada sambal hati/pedal, asam pedas, sayur campur dll yg korg boleh nampak atas meja tu ler. Kuih-muih lagi... mummyiris bikin Puteri Ayu...

Air Itam 015

Iris dah bangun ni... jom Iris bawak aunties and uncles nyopping kerepek kat pekan air itam. Sorrylah gambar Iris blur sbb Iris tgh excited gerak2 walau tau camera epal auntie izan low spec hehehe

Air Itam 018

Nyopping kerepek

Air Itam 019

Ingatkan hujan dah berhenti, tu sbb kitorg kuor ke pekan. Rerupanya hujan balik. Muadz siap ada baju hujan tuhhh... nasib baik.

Air Itam 028

Korg tgk muka Iris tu... rasa macam nak lepuk jek harharhar akibat comel sgt bikin auntie nak geget...

Air Itam 024

Talhah & Ummi. Yo! macam penyanyi rap la plk cap Talhah.

Air Itam 029

Ima, aku upload gambo ni kat FB. Ramai yg tak caya itu adalah ko. Aku tak faham apakah maksud mereka :P Mungkin adalah kerana ko telah bertambah cun!

Air Itam 036

Kami bukan peminat AF huhuhuhu :P

Thanks mummyiris sbb melayan kedatangan kami. Pasni kita arrange lagi acara kompol-kompol camni. Next venue in the list either jeram tak pun Pulau Tioman, tak gitu? ;) Bikin kasik jadik!!!

Ciao… cincau…

4Life TF Videos

May 15, 2009

Boleh jumpa banyak video tentang 4Life di youtube.

Discover 4Life Part I

Discover 4Life Part 2

4Life The Science of Success

NOTE:
Kengkawan di UK, USA, dll juga boleh dapatkan produk 4Life ini. Membership kita valid di seluruh dunia. Jadi, bila dah balik Malaysia nanti cuma continue je, rekod jualan anda di luar negara akan tetap ada dalam rekod.

Ingin tahu lebih lanjut, contact izansyahriah@gmail.com atau call 012-7709749

NUR IZAN SYAHRIAH HUSSEIN
4Life ID: 6694599
http://malaysia.4life.com/
http://www.molekulajaib.biz/

Import Kereta

May 14, 2009

Assalamualaikum dan salam hari Khamis,

Ada beberapa permintaan untuk aku menyambung kisah import kereta – part 2. Maaf ye kengkawan, aku tahu aku ada berjanji dalam entry part 1 yg aku nak kongsi pengalaman aku bawa keluar LE51 (kini telah menjadi warganegara Malaysia dengan plate Melaka ;) ). Ok sambung dari step permohonan AP.

Dalam entry yang lepas, katalah kita dah mohon AP dan sedang tunggu ianya diluluskan….

- Sementara menunggu, mula cari agent utk uruskan pengeluaran kereta dr kontena (seelok-eloknya dapatkan agent tu dari sebelum balik ke Malaysia). Documentation utk urusan keluarkan kereta kononnya begitu tedious spt perlu beratur panjang di port utk pengesahan itu dan ini, taksiran etc. Maka adalah lebih baik diuruskan oleh agent supaya tidaklah kita yg perlu berulang-alik ke Kompleks Kastam Port Klang. Bayaran agent cuma lebih kurang RM1000++ (apa sangatlah jika nak dibandingkan dgn nilai kereta yg dibawa balik, masa dan tenaga yg perlu kita habiskan utk uruskan sendiri etc ;) )

- Bila AP dah diluluskan, kita pergi ambil dokumennya di MITI dan serahkan kepada agent. ATAU serahkan terus slip pengambilan AP  kepada agent. Ini kerana katalah kereta kita sampai awal sblm AP diluluskan, agent sudah boleh mengeluarkan kereta tersebut dr kontena dan parking di port. (Kos parking… jika kereta masih dlm kontena, RM350 sehari tapi jika sudah keluar dr kontena, cuma RM8-15 je sehari. Harga berbeza ikut di mana kereta itu diletak. Bawah bumbung ke, bawah pokok ke, dalam lopak ke :P (seriously, ikut lokasi parking lot dan tuan punya tapak parking tu).

- Apabila semua dokumen siap (AP dan cukai), barulah kita buat temujanji dgn pengarah kastam selangor utk tujuan rayuan pengurangan cukai. Jika ada agent, agent boleh tolong buat temujanji ni.

- Pada hari temujanji, pakai smart2 (actually takde guna pun, pakai singlet pun dpt pengurangan yg sama gak hehe). Semasa berhadapan dgn Datuk Pengarah, jawablah soalan-soalan yang ditanyanya dengan penuh sopan santun. Anyway, in the end dia akan bagi pengurangan yg sama je kat semua org. Yang aku kurang puas hati tentang prosidur ini ialah, mengapa percentage pengurangan cukai ini tidak ditetapkan. Apahal pula ikut mood Datuk Pengarah. Agak besar juga kuasa yg diletakkan ke atas cuma satu org, sedangkan jumlah wang yg terlibat adalah ribuan ringgit. Tapi, itulah yg berlaku sekarang…. dengarnya ada yg dapat 20%, 25%, 30%, 35% dan 40% pun ada. Berbeza-beza ikut cuaca kot.

- Setalah dapat pengurangan cukai, pergi sekali lagi ke Kompleks Kastam utk buat taksiran (agent boleh uruskan, kita cuma sign sana sign sini jek).

- Kemudian ke kaunter bayaran utk bayar harga cukai kereta tersebut.

- Bertolak ke port untuk ambil kereta.

- Dapat kereta, cuba start engine, brooom brooom broommm kereta hidup walau dah hampir 40hari melepak di port, so syukur alhamdulillah…..

Semua urusan di atas kami gunakan agent, jadi kuranglah sakit kepala. Just follow jek mana agent tu pergi. Upahnya cuma RM1000++. Berbaloikan…

Peringatan kepada para pengimport kereta, tolong pastikan kereta yg hendak di bawa balik tu mempunyai nombor engine yg jelas. Jika nombor engine tak nampak, korang kena:

1. cuci kasik nampak

2. atau perlu stamp semula nombor engin. kosnya makan ribuan ringgit gak (katanya dlm rm2000-3000).

- setelah nombor engin dicetak semula, kena bawa lagi kereta itu ke Port Klang, utk taksiran. Kemudian barulah boleh buat urusan berikut (yang tiada masalah nombor engin, boleh terus proceed ke urusan berikut):

- Bawa ke Puspakom (Tak semestinya di Klang. Puspakom mana-mana pun boleh).

- Kemudian buat insuran. Jika ada NCD dari negara eksport, bawa dokumennya. Boleh dapat diskaun sampai 55% tuh!!! Banyak tuh!!!! Saya buat di Kurnia Insuran dan tunjukkan NCD dari Churchill (UK). Alahmdulillah ok, tiada apa-apa masalah.

- Setelah dapat polisi insuran, barulah boleh ke JPJ untuk daftar kenderaan. Masa ni korang pilihlah nombor plate yg bombastiklistik ikut selera (dan bajet) memasing. Kitorang cuma daftar dgn nombor terkini sahaja (no money, no talk :P ).

- Dapat nombor, apa lagi…. buatlah plate ye…

Ok tu jek… Dah siap…. Selamat jenjalan dengan kereta korang ;)

Wassalam.

Novel Pembangun Jiwa

May 12, 2009

Assalamualaikum,

Sekarang ni tea time. Aku malas nak keluar. So duduk di office browse komputer. ‘ngeeng ngeeeeeng ngeeeenggg tung tang tung tang ngeeeng ngeeeng’ itulah muzik latar yg sedang berkumandang kat office aku. Lebih kurang sebulan ke dua bulan yang lepas aku terpaksa duduk dikelilingi bunyi yg sama di rumah semasa orang memasang jubin. Aku ingat sekarang ni dah boleh rest sket. Rupanya kat office pun diorang sibuk baiki jubin. Setiap kali grinder tu potong jubin ngeeeeeeeeng, aku rasa macam otak aku yg kena potong hahahaha. Betapa kuat bunyinya. Sabor jeler….

Oklah takpelah… ni aku nak kongsi dengan korang tentang ‘Ayat-ayat Cinta’ (AAC). Mungkin korang dah pernah dengar atau tengok cerita ni. Aku jek yg ketinggalan zaman sket sbb semasa di UK aku memang cuba sedaya upaya mengawal diri dari menonton movie/drama bersiri secara online. Sekali aku terjebak dengan cerita Manjalara, habis!!! banyak masa yg sepatutnya aku habiskan untuk kerja-kerja lain terganggu (bukan kerja rumah @ kerja sekolah jek, tapi kerja-kerja cari tempat utk berjalan-jalan :P ).

Aku tertengok cerita AAC di dalam bas sewaktu dalam perjalanan ke Kulim (rombongan pelajar ke Kulim Hi-Tech). Cerita tu menarik perhatian aku kerana approach islamic yang jarang aku tengok dalam mana-mana movie / drama Malaysia atau Indonesia yang lain.

Sinopsis AAC berbahasa Indonesia yang aku ambil dari laman web rasminya.

Ini adalah kisah cinta. Tapi bukan cuma sekedar kisah cinta yang biasa. Ini tentang bagaimana menghadapi turun-naiknya persoalan hidup dengan cara Islam. Fahri bin Abdillah adalah pelajar Indonesia yang berusaha menggapai gelar masternya di Al Ahzar. Berjibaku dengan panas-debu Mesir. Berkutat dengan berbagai macam target dan kesederhanaan hidup. Bertahan dengan menjadi penerjemah buku-buku agama. Semua target dijalani Fahri dengan penuh antusiasme kecuali satu: menikah.

Kenapa? Karena Fahri adalah laki-laki taat yang begitu ‘lurus’. Dia tidak mengenal pacaran sebelum menikah. Dia kurang artikulatif saat berhadapan dengan mahluk bernama perempuan. Hanya ada sedikit perempuan yang dekat dengannya selama ini. Neneknya, Ibunya dan saudara perempuannya.

Betul begitu? Sepertinya pindah ke Mesir membuat hal itu berubah. Tersebutlah Maria Girgis. Tetangga satu flat yang beragama Kristen Koptik tapi mengagumi Al Quran. Dan menganggumi Fahri. Kekaguman yang berubah menjadi cinta. Sayang cinta Maria hanya tercurah dalam diary saja.

Lalu ada Nurul. Anak seorang kyai terkenal yang juga mengeruk ilmu di Al Azhar. Sebenarnya Fahri menaruh hati pada gadis manis ini. Sayang rasa mindernya yang hanya anak keturunan petani membuatnya tidak pernah menunjukkan rasa apa pun pada Nurul. Sementara Nurul pun menjadi ragu dan selalu menebak-nebak.

Setelah itu ada Noura. Juga tetangga yang selalu disika Ayahnya sendiri. Fahri berempati penuh dengan Noura dan ingin menolongnya. Sayang hanya empati saja. Tidak lebih. Namun Noura yang mengharap lebih. Dan nantinya ini menjadi masalah besar ketika Noura menuduh Fahri memperkosanya.

Terakhir muncullah Aisha. Si mata indah yang menyihir Fahri. Sejak sebuah kejadian di metro, saat Fahri membela Islam dari tuduhan kolot dan kaku, Aisha jatuh cinta pada Fahri. Dan Fahri juga tidak bisa membohongi hatinya.

Lalu bagaimana bocah desa nan lurus itu menghadapi ini semua? Siapa yang dipilihnya? Bisakah dia menjalani semua dalam jalur Islam yang sangat dia yakini?

dvd Ayat-Ayat_Cinta

Semasa aku ke pesta buku antarabangsa baru-baru ni, di booth Al-Hidayah, aku tengok berkerumun orang kat satu rak ni. Novel AAC. ‘Ouh ada novel rupanya’. huhuhuhu… again, sorrylah aku ketinggalan zaman sket. Aku pun belek-belek novel tersebut dan tertarik dengan ulasan Sasterawan Negara, A. Samad Said terhadap novel AAC ni.

Sesekali dalam ketenangan sastera Indonesia datang mengejut gelora seni yang tidak tersangkakan. Jika dulu pernah hadir “Ateist”, “Perburuan”, “Pulang”, “Merahnya Merah” dan “Bumi Manusia”, kini tampaknya gelora itu datang dalam bentuk “Ayat-Ayat Cinta” pula. Ternyata ia adalah sebuah novel yang sangat memujuk dan menghiburkan. Dengan bahasa yang sederhana mengalir, Indonesia yang tidak saja tekun menangguk ilmu, malah berupaya mengisi kehidupan dengan penuh sabar.

“Ayat-Ayat Cinta” memang pintar mengheret kita menjejaki – malah menghidu – perhubungan Fahri (Indonesia) dan Maria (Mesir) secara penuh mengajar, menghantar isyarat dan kebijaksanaan baru melalui perhubungan sopan antara insan dua negara.  rasanya memang sesekali kisah cinta yang Islami begini sempat disampaikan dengan penuh tertib. Maka itu, tidak membacanya seperti sengaja melepaskan peluang untuk mencium bau, merasa iklim dan memahami gerak hidup insan Indonesia baru di luar dan di dalam negaranya.

novel AAC

Aku pun beli sebuah dan usai membaca novel ini, pada pendapat aku, filemnya berjaya menunjukkan emosi yang lebih berkesan tetapi isi AAC ni lebih mendalam kandungannya diceritakan di dalam novel. Terdapat sedikit perbezaan di antara novel dan filem, tetapi perbezaan itu tidaklah significant untuk menjejaskan jalan ceritanya yang asal.  

Novel AAC ni boleh dimuat turun dalam bentuk pdf secara online. Tetapi aku suka untuk cadangkan kepada korang supaya mendapatkan hard copy novelnya  kerana bolehlah royalti jualan tersebut pergi kepada penulisnya, Habiburrahman El Shirazy. Agar beliau dapat terus berjuang menghasilkan karya-karya yang bermutu seperti AAC ini. Walau bagaimanapun, jika kengkawan ‘terpaksa’ juga baca online copy, aku yakin Allah memberi ganjaran pahala kepada penulisnya kerana isi yang dikongsikan beliau adalah berunsur dakwah dan bersifat membangunkan jiwa. Secara langsung memberi benefit kepada para pembacanya, insyaAllah. Sekian. Wassalam. 

AAC gallery

PSM

May 6, 2009

Berasap… Berasap… Otak berasap daaa… Stgh hari non-stop mendengar dan menilai pembetangan projek sarjana muda (PSM) pelajar-pelajar tahun akhir. Anyway, saya ucapkan sekalung tahniah kpd para pelajar tu kerana setelah dua sem berhempas pulas menyiapkan projek memasing akhirnya hari ni mereka telah berjaya melepasi antara salah-satu tugasan besar sebelum secara rasmi menjadi graduan BSc in Manufacturing Engineering. Psst… ‘Saya takde fail kan sesiapa pun, semua pass with kaler-kaler berterbangan’.

Dr. Vijay, partner penilai hari ni, tanya 'how do you measure the corner wear (EDM copper electrode)'. Tapi malangnya student ni tak faham juga sampai Dr. Vijay terpaksa berdiri dan lukis mcm mana nak measure respective wear. Aku pun snap satu gambar sementara menunggu.

Project ni yg menarik minat aku hari ni, Re-engineering of nail clipper using DFA method. Produk student ni memang berpotensi besar utk dikomersialkan.

Ni student yg design nail clipper tu. Buat presentation dgn begitu semangat ala-ala businessman jual brg. Layak aku bagi markah hampir penuh. All the hard work paid off. Didoakan pelajar ni terus berjaya dlm mengejar cita-citanya.

Ok tu je. Saje break jap ;)

May Day

May 3, 2009

May Day dikaitkan dengan beberapa jenis keraian. Lain negara, lain definisinya. Ada yg berbentuk keagamaan dan ada yg berbentuk semangat kebangsaan. Di Malaysia, 1 May hanya hari cuti sempena International Worker’s Day atau Labour Day atau cakap melayunya Hari Pekerja. Kitorang balik bercuti ke kampung (atau bandaraya) JB dan melencong sekejap ke tanah kelahiran bonda ku i.e. Bandaraya Singa. Nanti bila ada kelapangan aku update gambar mr&mrshenri berdating di Kota Singa ini… insyaAllah… ni taruk sket dulu… adios…

singapore-031_2

Menembak di Kota Singa

singapore-025_2

Hari panas.... giler hauuussss....

singapore-018_2

Merlion Park

Sambung sket lagi….

Nak ke Singapore dari JB bukannya jauh benor… dekat jek. Cuma yang buat malas sket nak ke sana ialah kat Tambak tu selalu jem. Ntah macam mana mood baik kali ni, aku pun saje nak bawa mrhenri masuk Spore, dia tak pernah pergi lagi. Kitorang naik bas dari Larkin (bas SBS 160/170). Sampai kat kastam Malaysia, turun utk check in. Kemudian naik bas semula. Lintas Tambak. Turun lagi utk kastam di Spore. Kali ni mrhenri kena tahan jap utk di interview. Ni procedure biasa utk sesiapa yg masuk ke Spore utk kali pertama. Punyalah lama aku tunggu di luar. Makin lama makin risau (sbb ada rumours mengatakan kastam Spore ni kekadang ‘buat hal’ gak). Alhamdulillah takde apa-apa, after ~ 1hr mrhenri passed, boleh masuk Spore.

Turun di stesen MRT Keranji. Naik MRT terus ke Raffles Road. Lepakking @ Merlion Park spt gambar-gambar di atas dan gambar-gambar di bawah.

singapore-019

One Fullerton, mall @ Merlion Park. Langsung takde makanan yg mampu dimakan di mall ni. Semua fancy restaurant.

singapore-017_2

Singapore Flyer, 5* Hotels, Esplanade and River Cruise

Dari Merlion Park, jalan kaki jek ke historical area di sepanjang Singapore River. Kat kawasan ni ada macam-macamlah bangunan penting dan bersejarah seperti Parliament House, City Hall, Museums dan tempat mula-mula Sir Stamford Raffles menjejakkan kaki ke Spore. Kenal tak siapa Stamford Raffles? aaa bukaklah balik buku sejarah ye huhuhuhu… 

singapore-028

Victoria Theatre and Statue of Sir Stamford Raffles

singapore-029

Sir Stamford Raffles and Sir Henry Koh hahahahaha

Nanti sambung lagi….