Pisang dan Hati

March 30, 2009

Assalamualaikum kengkawan,

Hari Isnin ramai bercakap tentang Monday blues. Aku pun blues gak tapi since aku sedang berkursus sehingga esok (31hb) terpaksalah menguatkan semangat. Bila sampai waktu rehat, mulalah membelek-belek hp epal aku ni buat hilangkan blues. Entri kali ni cuma nak attach satu email ni dari seorang kawan di fakulti, untuk benefit sesiapa yg berminat membacanya :)

Pisang dan Hati

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci. 
 
Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci. 
 
“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya” beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg. 
 
Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan. 
 
Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa. 
 
“Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?” tanya Cikgu Mayam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk. 
 
“Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu” beritahu Cikgu Maryam. 

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci. Moralnya, jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati. 

* yang menariknya, bila ada email sebegini di ‘forward’, mesti ada orang yg nak jawab. ni jawapan salah seorang pensyarah fakulti aku:

Cantik mesej ni.  Tapi sekarang ni zaman plastik. Cinta plastik, muka plastik etc. Kalau pisang plastik mesti tak busuk punya. Tak caya cuba bawa ke kelas esok!

Cheers, ZMR

* Mentang-mentang dia pensyarah plastik ni huhuhu :P

Sroke… sambungan

March 28, 2009

Assalamualaikum,

Terima kasih kepada semua kengkawan yang prihatin terhadap keadaan ayah aku (spt dlm cerita di entry lepas). Alhamdulillah ayah dah baik dah sekarang. Malam semasa ayah sakit tu, aku tiba di Hospital Pakar Puteri pada pukul 1 pagi. Masa tu doktor pakar dah diagnos dan mengesahkan ayah kena stroke kerana ada darah yg blocked di salah satu kapilari di bahagian kepala ayah. Tambah pula ayah ada kolestrol yang tinggi. Selepas diberi ubat mencairkan darah, ayah dah mula boleh bergerak sedikit, boleh bercakap walau kedengarannya masih lemah. Tetapi masih tidak boleh makan. Makanan hanya melalui tiub. Doktor agak surprise kerana dalam keadaan ayah kena stroke, tekanan darah dan denyutan jantungnya masih normal. Keadaan darah ayah mengalir semula seperti sedia kala dengan cepat setelah menerima ubat mencairkan darah tu pun katanya impressive. Pada pandangan aku mungkin kerana dua perkara yang menjadi amalan ayah (atas izin Allah).

Pertama, ayah pengguna setia produk 4life. Dan sekarang dah jadi pengedarnya. Tujuan aku ceritakan tentang produk ni bukannlah nak jual ubat. Sekadar berkongsi maklumat manalah tahu produk yang sama boleh memberi benefit kepada orang lain. Jika nak tahu lebih lanjut tentang produk 4life ni, boleh layari   http://www.4lifetransferfactorstore.com

Aku pun baru je cuba test try produk ni. Manalah tahu boleh naikkan imunisasi diri aku utk melawan resdung. Kalau kat UK resdung aku ni jadi pasif, senyap tak bertindak. Tapi bila di Malaysia, mulalah dia nak aktif balik. Doktor kata index pencemaran kat Malaysia agak tinggi… mmm… Lepas makan Riovida (salah-satu produk 4life), nampaknya macam dah reduce. Kalau dulu setiap pagi berpuluh-puluh kali bersin, sekarang dah kurang. Dalam seminggu, mungkin ada 3, 4 pagi jek aku bersin. Alhamdulillah atas izin Allah. Cuma satu jek, nak kena cari ubat kurangkan malas mkn ubat. huhuhu. Selalu buat-buat terlupa nak makan supplement macam ni, tak consistent.

Kedua, mak dan ayah aku suka berbekam. Sehari selepas ayah keluar dari wad, mak bawa ayah pergi berbekam. Aku ikut. Saje nak tengok. Sambil tengok tu, ada aku snap gambar. Tapi camna? Nak letak tak kat sini ke? Risau kot ada yg takut tengok darah. Anyway, takpelah aku cerita secara bertulis jeklah macam mana proses bekam yang ayah selalu buat ni. Maybe ramai yg dah tahu, bekam ni satu proses pembuangan darah kotor dari badan kita melalui permukaan kulit. Rasulullah s.a.w. pun biasa berbekam. Bekam tidak melibatkan apa-apa bahan kimia. Tekniknya cuma melukakan bahagian kulit, ada yang toreh. Tapi bekam yg ayah aku pergi ni, cikgu tu gunakan jarum. Beliau titikkan jarum tu ke permukaan kulit, lebih kurang macam jarum dititik sebelum doktor buat ujian darah. Kemudian, mangkuk diletakkan dibahagian yg telah di’lukakan’ tu. Dengan menggunakan mesin khas, udara di dalam mangkuk tersebut disedut keluar. Bila tekanan di dalam mangkuk menjadi rendah atau vakum/negatif, darah kotor yg biasanya berkumpul dipermukaan kulit akan mula mengalir keluar. Aku tengok sendiri proses ni, uishk memang gelap warna darah kotor ni. Tapi setelah beberapa kali proses bekam, darah mula berwarna merah cerah. Memula aku tengok jek mak dan ayah aku berbekam. Macam takut gak tengok darah keluar tapi rasa ingin mencuba aku mengatasi rasa takut. In the end, aku pun cuba buat bekam juga. Masalah aku ialah aku selalu pening, naik kenderaan pening, panas sket pening, tengok komputer pening. Jadi aku buat bekam di kepala. Tak sakit pun rupanya… lepas dah siap bekam, alhamdulillah lega. Terasa ringan kepala. InsyaAllah nak ulang lagi berbekam. Kitorang berbekam di rumah Cikgu Hamid, seorang guru fizik di MRSM Batu Pahat. Tempat bekam cikgu Hamid ialah di rumahnya di Taman Warisan betul2 bersebelahan dengan SRK Peserai, Batu Pahat. Harganya ialah satu cup RM10, dan cikgu akan buat 7 kali. Bukan 7kali kena datang, tapi 7 kali dalam satu sesi. Jadi bolehlah minta nasihat cikgu tu dibahagian mana perlu dibekam, kepala, bahu, perut, kaki dll. Ayah sebelum ni biasa berbekam di bahagian badan, tapi tak pernah buat di kepala. Bila buat di kepala, kena botakkan sedikit rambut (sekadar muat nak letak cup). Tu yg dia risau, tak macho pula kan huhu. Kata cikgu tu kalau ayah ada buat di kepala sebelum ni, insyaAllah tak kena stroke sbb darah pekat akibat kolestrol tinggi yg menyekat di kepala ayah awal2 dah boleh dikeluarkan. Tapi itu semua kuasa Allah. Kita boleh berusaha, ikhtiar dan Allah yg menentukan kun fa yakun.

Oklah kengkawan, selamat berhari minggu. Wassalam.

Stroke

March 25, 2009

Ayah memandu seorang diri. Dalam fikirannya ingin segera menuju ke Bank Islam untuk mendeposit duit ke akaun adik6. Adik6 ada keperluan yang ingin dibelinya di UKM. Ayah memandu tenang. Baru pukul 9 mlm, jalan raya di Skudai Kiri masih sibuk dengan lalu-lintas. Tiba-tiba ayah rasa tidak selesa. Seakan gelap mata tapi masih sedar. Ayah terus memperlahankan kancil hijau yang dipandunya. Kancil berhenti. Ayah cuba bergerak tapi tidak mampu. Separuh badan kirinya tidak respon. Segera ayah mencapai telefon bimbitnya dan mendail talian rumah.

Bunyi telefon. Adik8 segera menjawab, ‘Hello… Hello?’. Sunyi. Adik8 letak ganggang. ‘Salah nombor agaknya’.

Telefon berdering lagi. ‘Hello?’. Masih sepi. Mak yang memerhati, ‘Letak dik, jangan layan. Ada orang main-main agaknya’. Adik8 akur.

Telefon bimbit mak pula berbunyi. Tertera nama ayah di skrin. ‘Hello… Hello? You kat mana ni?’. Pertanyaan mak tidak berjawab. ‘Hello? You dengar tak? Tak jelas ke?’. ‘Bupbupbup’. Kedengaran suara ayah. Berderau darah mak. Sesuatu tidak kena. Apa yang berlaku pada ayah? Tiada kata-kata yang jelas keluar dari mulut ayah walau nyata itu suara ayah.

Ayah bimbang. Ayah semakin hilang kawalan. Hampir pitam. Bantuan kecemasan diperlukan tapi bagaimana hendak memberitahu mak lokasinya ketika itu. Ayah berpaut pada pintu. Ayah cuba keluar. Tapi gagal. Kaki dan tangan kirinya tidak respon. Sakit.

Kuasa Allah yang kasihkan hambaNya. Lalu dua orang wanita yang dalam perjalanan pulang dari kerja. Ayah pantas melambai mereka. Syukur mereka datang. Dalam zaman penuh jenayah ini, mudah sahaja wanita-wanita itu untuk curiga dan menjauhi ayah. Ayah suakan telefon bimbit. Mak dihujung talian. ‘Apa dah jadi?’. Suara wanita itu, ‘Kak, saya di tepi highway berhampiran BBUda. Pakcik yang di dalam kereta Kancil ini sakit’.

Mak panggil adik2 dan adik4. ‘Meh kita cari ayah’. Tuhan menguji. Lokasi yang diterangkan wanita tadi tidak jelas. Mak turun dari kereta dan berjalan kaki menyusur di tepi jalan. Sejam masa berlalu. Risau, cemas. Mujur ketemu juga kereta ayah.

Ayah kena stroke! Bahagian kiri badannya mati. Bibirnya berot. Ayah berusaha menceritakan keadaannya. Tapi tiada butir yang jelas. Hanya, ‘bupbupbup’. Mak panik. Ayah memberi isyarat ingin pulang ke rumah. Adik2, ‘Kena terus ke hospital dulu ayah’. Ayah keberatan. Adik4, ‘Oklah kita pergi klinik dulu’. Sampai di klinik, doktor menyarankan ayah dibawa ke hospital. Adik4 menelefon aku. ‘Kak, ayah sakit kak. Rasanya ayah kena stroke’. Aku terkejut. ‘Ya Allah!’. ‘Kak, kitorang kat klinik ni. Doktor suruh bawa ayah ke hospital. Nak bawa ke GH ke Specialist kak? Specialist mahal sket’. ‘Bawa je terus ke specialist. Kosnya insyaAllah boleh diusahakan’. ‘Ok kak’.

Aku yang memang berada di dalam kereta, terus sahaja menuju ke arah tol Ayer Keroh. Matlamat aku cuma satu. Tengok ayah. Semasa aku masih menuntut, tidak kira di Kuantan atau di Gombak, pernah aku tidak sihat. Ayah datang mendapatkan aku. Tidak kira di Sintok sekali pun, jika ada adik-adik yang memerlukan, ayah datang mendapatkan mereka. Pengorbanan ayah. Demi kasih pada anak-anaknya. Kini ayah sakit.

Sepanjang perjalanan aku berdoa. ‘Ya Allah sembuhkan ayah’. ~ Bersambung ~

Warkah buat kembar

March 21, 2009

Assalamualaikum,

Kehadapan yang dirindui adinda-adinda kembar seirasku di teratak 16 dan 28 Goodliffe St. Apa khabar kalian di tanah air? Semoga sentiasa di dalam lindunganNya. Untuk pengetahuan adinda, setelah bertahun-tahun kekanda diselimuti tebal dan hidup dalam kegelapan, akhirnya tuan kekanda telah memasang kekanda. Macam mana wajah kekanda? Kita seiraskan? Keadaan kekanda di perantauan baik-baik sahaja. Walaupun cuaca agak panas tapi alhamdulillah kekanda ditempatkan tidak berapa jauh dari kipas. Tambahan pula duduk kekanda berdekatan tingkap menyebabkan kekanda tidak pernah bosan. Pemandangan hijau dan kicauan burung-burung mendamaikan. Tuan kekanda baik sekali. Kekanda sentiasa dibelai-belai dengan kain basah. Jadi sekelumit debu pun tak mampu singgah. Tapi sejak kebelakangan ini tuan besar kekanda sering menghabiskan masa di luar. Kekanda lihat ada sesuatu yang berwarna silver yang lebih beliau sayang ada di sana. Tapi mujurlah madame besar kekanda ada juga menyinggah dan mengusap-ngusap kekanda dengan bulu ayam. Pernah beliau membisikkan kepada kekanda, melihatkan kekanda sentiasa mengingatkan dan menambahkan rindunya terhadap sahabat-sahabatnya di Goodlife St. Kanda jangka, itu tentunya tuan-tuan kepada adinda berdua. Setakat ini dulu coretan kekanda untuk adinda. Semoga bertemu lagi di warkah yang lain.

Salam sayang, peluk cium buat adinda berdua di tanah air daripada kekanda di perantauan. Long live the queen.

ip210309-019

Kekanda kirimkan foto terkini kekanda buat tatapan adinda. Nampak tak refleksi madame besar kekanda yg sedang serang hendap menembak gambar kekanda dengan camera epalnya :P

After… with Marissa

March 15, 2009

Before… Rumah aku terlopong… After… Alhamdulillah ada banyak kemajuan dari sebelum ni. Ala… touch up sikit-sikit jek…

Rumah Coklat

Amacam? Ok tak kaler coklat? Aku rasalah walau korg tak mkn coklat pun, tapi tenung jek rumah aku, dah mampu menggemukkan huhuhuhu ;)

Sehari selepas rumah aku bersalin kulit ke warna coklat, ada tetamu istimewa yg berkunjung… jengjengjeng… siapa itu? coba terka?

ip150309-010

Famili Iris!!!!

ip150309-0111

Iris & Uncle Iko. Actually rumah aku masih dalam keadaan 80% belum berkemas. Barang-barang walau dah disusun lebih kurang di kedudukannya, tapi belum dibuka plastik pembungkus. Kotak-kotak pun majoriti belum dipunggah. Kesian famili Iris terpaksa bermalam di teratak aku yg masih suci dalam debu itu. Harap famili Iris tak serik dtg rumah mr&mrshenri :)

Ahmad

Memandangkan rumah auntie izan takde dapur, cerek pun tak cari lagi dlm kotak, terpaksalah Ahmad makan kat kedai (kalau ada dapur pun ntah2 keluar juga kot ;) Since mummyiris kat Notts dah byk kali mkn masakan mrshenri, so kita dibenarkan untuk merasa masakan org lain plk ;) ). Nasi Goreng Paprik dan Milo Ais untuk Ahmad.

ip150309-0201

Nasi Goreng USA utk mrshenri & mummyiris. Walau nama USA tapi ingredient dan chef org Kelate, so takyah boikot :P Iris cuma tengok aje ye... sedap ni... yum yum...

ip150309-024

Lepas dinner, kitorang ronda-ronda bandar Melaka. Ni Iris tengah pose kat depan Menara Taming Sari.

ip150309-028

Hari ni (Ahad), kitorang sarap Prata. Liyana kata roti telur tu seeedaaappp... Kedai ni pass! Boleh datang lagi.

ip150309-029

Ada kari ayam kampung...

Lepas sarap, kitorang ronda-ronda lagi bandar Melaka. Tapi gambar-gambarnya aku tak snap guna camera epal. Nantilah aku upload gambar2 dr EOS. Aku dan mrhenri happy sangat2 dapat jenjalan sesama dgn famili Iris. Semalam, masa mummyiris kata nak bermalam di rumah kitorang, yabedadu!!! yippe!!! aku gumbira sangat!!! Nanti datang lagi eh. Banyak lagi tempat kita tak sempat cover tadi. Can’t wait!!! Sudah rindu semula sama kamuk, famili Iris!!!

Dugaan PhD…

March 12, 2009

Beberapa hari yang lepas aku sungguh terkejut menerima berita seorang sahabat di Nottingham, Kak Yati, di diagnos mengidap breast cancer. Besar sungguh cabaran dan dugaan yang harus ditempuh Kak Yati yang juga masih berjuang untuk PhD. Pada hari ini pula aku menerima berita dukacita tentang pemergian anak Fajar dan Anis, pensyarah FKEKK UTeM yang kedua-duanya sedang melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD di Glasgow. Kisah lanjut arwah Amir Yusuf boleh dibaca di http://www.fajaril.net/blog/

Al-Fatihah buat arwah Amir Yusuf bin NurulFajar…

Berita-berita ini membuatkan aku terfikir, jika aku rasa PhD ku penuh liku, apalah sangat jika hendak dibandingkan dengan dugaan yang dihadapi oleh Kak Yati, Anis dan Fajar. Ya Allah permudahkan urusan kami di dunia dan akhirat. Amin.

La ila ha illa anta subhanaka inni kuntu minazhalimin…

Jersey

Set jersey England original dari England. Satu set lengkap dengan sehelai jersey, seluar pendek dan sepasang stokin. Harganya cuma RM39.00*

Saiz yang masih dalam stok ialah saiz kanak-kanak 2 TAHUN (2yrs GB)

Untuk yang berminat memilikinya sila maklumkan kepada saya melalui ruang ‘Comment’. Tinggalkan email address. Saya akan menghubungi saudara/saudari untuk urusan postage (jika perlu) dan medium pembayaran.

Cepat… cepat!!! Jangan terlepas peluang… murah ni!!!

*Belum termasuk postage and packaging

Mascarpone Cheese

March 9, 2009

Hari ni aku pergi Tesco Melaka. Saje cuci-cuci mata di situ. Aku belum berselera lagi nak membeli-belah selagi dapur aku belum siap. Jadi semasa di Tesco aku cuma survey harga. Antara bahan yang aku cari ialah mascarpone cheese. Benda alah ni kalau di Notts, aku mesti beli at least 2 kali dalam sebulan sbb mrhenri suka makan tiramisu. Di sana harganya cuma antara £0.80 (kalau ada roll back) dan £1.50 (kalau tiada promo). Tapi setelah tengok harganya di sini, alamak!!! Nampaknya kalau dapat beli sekali dalam sebulan pun dah kira nasib baik. Ok tu je… tata :)

mascarpone-001

Bahan utama untuk tiramisu fav mr&mrshenri

Lawatan Industri

March 5, 2009

Pada hari Jumaat 27hb aku dapat satu panggilan telefon yang meminta aku menggantikan seorang pensyarah ke lawatan industri. Aku diperlukan untuk menemankan 33 orang pelajar tahun akhir Proses Pembuatan ke Amrec, Kulim pd 3-4hb. Tiada pensyarah lain yang pergi bersama. Hanya aku seorang. Pada mulanya, alahai… tak larat aku nak jalan jauh. Tambah pula dengan keadaan rumah aku yang belum siap dan barang tunggang-langgang. Tak syok nak meninggalkan mrhenri selama 2 hari di rumah yg sebegitu. Tapi dah namanya kerja, takkanlah aku nak jadikan masalah peribadi sebagai alasan untuk menolak tugasan ni. Iye tak? Jadi pergi jeklah…

Lebih kurang pukul 7:30 pg aku dan 33 org pelajar bertolak dr UTeM kampus industri ke USM Penang. Kami bermalam di sana satu malam. Esoknya, kami bertolak ke AMREC, Kulim untuk lawatan industri. Jom tengok gambar-gambar…

RR G.Semanggol

Lunch dan solat di R&R G. Semanggol

Komtar

Cuma sebahagian pelajar yang ikut keluar berjalan-jalan sekitar bandar Penang. Lebih dari separuh kena tinggal sebab lambat. Kesian diorang :P Jalan dalam USM tu kecil, driver bas dah kata dah jgn lambat sbb dia tak boleh parking. Jadi mana yg takde tu ditinggalkannya.

Laksa Penang

Petang tu kitorang pekena Laksa Penang. Perghhhh sedap!!! Aku makan tak toleh kiri kanan dah. Tu yang cuma berjaya ambil gambar kedainya aje. Laksanya dah selamat masuk perut. Yummy yummy in the tummy...

Jeruk

Shopping Jeruk... macam-macam jeruk ada. Harga pun murah. Puas aku balas dendam kat Jeruk. Semua aku makan, jeruk pala, salak, kedondong, ntah apa-apa lagi asam. Nasib baik tak sakit perut.

Rojak

Malamnya pula pekena Rojak Pasembor kat Gurney. Sedap menjilat jari. Padahal aku dah kenyang makan laksa, tapi satu mangkuk besar rojak pun berjaya ku habiskan ;)

Pasembor

Satu pinggan ni harganya RM19!!! Kesilapan besar aku ialah aku ambil udang dan sotong. Kalau isi-isi lain cuma 0.70sen jek. Udang seketul RM5 dan sotong satu potong RM3. Pergh... Nasib baik sedap. Jadi berbaloiler...

Lepas kenyang makan, aku dan students melepak di Gurney Drive. Jalan-jalan tepi pantai dan bergambar di tengah-tengah jalan hahahaha… Malas aku nak upload gambar-gambarnya sbb tak jelas. Camera epal ni takde flash jadi kualiti gambar dalam cahaya yang kurang memang dia fail. Memang letihlah satu hari ni. Perut pun dah overloaded :D   Sampai hostel di USM, letak jek kepala aku terus hanyut.

AMREC

Semasa menunggu di dewan AMREC, Kulim.

Talk

Dengar ceramah dari En Basid. Menarik betul maklumat yg aku dapat tentang Sirim. Selama ni aku fikir apalah yg SIRIM buat selain dari testing electrical item. Rupanya banyak lagi skop SIRIM. R&D kat situ pun menarik. Gambar diambil oleh jurufoto AMREC.

Coating

Tujuan utama lawatan industri ini ialah utk melihat teknologi coating yang ada di AMREC. Coating adalah salah-satu proses yang pelajar-pelajar ini belajar dalam kelas Advance Manufacturing Process. Gambar oleh AMREC.

Pn Fatimah

Bergambar kenangan dengan Pn Fatimah wakil dr Sirim.

AMREC

Lawatan Industri pelajar 4BMFP ke AMREC, Kulim

Balik dari AMREC, kami dicadangkan oleh jurufoto AMREC untuk makan tengahari di Nasi Ayam Periuk Besar. Katanya sedap nasi ayam di situ. Pada pendapat aku, oklah… takler sedap sampai begitu unik. Sedaplah seperti nasi ayam biasa. Personally aku rindukan Nasi Ayam Kak Sha Notts. Kak Sha buat nasi ayam lagilah slllrpppp… terangkat!!!!

Pelajar-pelajar aku asik merayu-rayu minta singgah di Bukit Merah Lake Town Resort dalam perjalanan balik ke Melaka. Aku pun teringin juga nak ke situ sebab aku pun tak pernah pergi. Tapi aku terpaksa berfikir secara realistik, kalau kitorang bayar masuk ke situ tapi cuma dapat main air sejam dua saje tentu tak cukup dan tak berbaloi. Bila aku cakap macam tu, bebudak ni mula buat muka sedih. Frust sangat muka memasing. In the end, oklah kita singgah sekejap buat jangan kempunan. Driver cuma bagi masa sejam setengah saje di situ. Kitorang naik chairlift ride yang cuma berharga RM5 seorang. Puas hati jugalah sebab chairlift ride tu lalu di atas water park. Memang terliur tengok air kat bawah nu… tambah pula hari panas. Tapi takpelah… lain kali aku pergi dengan mrhenri. Mesti lagi syiok…

Chairlift Ride

Chairlift Ride @ Bukit Merah Lake Town Resort

Water park

Water park. Perghhh terliur tengok gelungsur air kat bawah nu. Rasa nak terjun jek berendam.

Water Park

Kampung Air. Cantik chalet ni.

Chairlift

Kekanak Ribena bukan main happy dapat naik chairlift... yippeee...

Ok cukuplah main kat Bukit Merah. Jomlah balik Melaka. Esoknyakan hari kerja. Bebudak ni pun ada class… On the way balik Melaka singgah R&R Dengkil. Sampai Melaka lebih kurang pukul 11:45 malam… aduhhhh… ngantukzzzzzzzz….

Satay

Makan Satay Kajang Haji Samuri kat R&R Dengkil.

Selamat hari Isnin kengkawan…

Hari ni aku nak meluahkan rasa tidak puas hati terhadap ‘Ah Long Motorway’… camni…

Pada hari Khamis malam Jumaat yang lepas, adik perempuan aku, seorang auditor yang kerjanya selalu ‘on road’, sedang dalam perjalanan dr pejabat client di Pasir Gudang ke pejabat client seterusnya di Port Klang. Adik bertolak lebih kurang pukul 8 malam. Malam tu hujan turun dengan lebatnya. Memang tersangat lebat hujan pada malam tu sehinggakan aku yg dlm perjalanan blk dr Melaka ke Seremban pun tak berupaya memandu lebih 80km/jam. Lebih kurang pukul 10:30 malam, sebaik sahaja adik melepasi Simpang Ampat, kereta yang dipandunya hilang kawalan. Kata adik tayar hilang grip apabila termasuk ke dalam tangkungan air. Kereta terus berpusing-pusing, melanggar tebing di tepi jalan dan terbalik (mengiring). Adik bersama junior yang bersamanya ketika itu terkedu seketika dan setelah mampu bertenang, dengan berhati-hati mereka memanjat keluar dari kereta. Alhamdulillah adik dan kawannya tidak mengalami kecederaan walaupun keadaan kereta agak teruk. Nasib baik juga kereta lain yg berdekatan mampu mengawal kereta mereka dan tidak berlanggar sesama sendiri. Dua orang pemuda yang memandu di belakang kereta adik terus berhenti untuk memberi bantuan. Adik menelefon Plus hotline 1-800-88-0000 untuk memohon bantuan. Sejurus membuat laporan, sebelum ketibaan Plus, tidak tahu dari mana mendapat maklumat, tiba-tiba beberapa buah kereta juga berhenti. Mereka ini menawarkan khidmat tow-truck. Adik yang ragu-ragu tentang perkhidmatan tow-truck tersebut hanya menunggu ketibaan Plus walau terus-terusan diasak dengan pujuk rayu pekerja tow truck. Adik juga merayu kepada dua pemuda tadi menunggu di situ sehingga Plus tiba. Sebaik sahaja pihak Plus tiba, dua pemuda tadi terus pergi. Tinggallah adik aku berurusan dengan pegawai Plus tersebut. Begini lebih kurang perbualan mereka:

Adik: Encik, saya perlukan tow-truck untuk tarik kereta saya.

Plus: Kami tidak boleh sediakan tow-truck, awak kena cari sendiri.

Adik: Saya tak tahu bagaimana nak cari tow-truck dan tak percaya utk ambil khidmat tow-truck yg dtg di tepi jalan ni. Encik boleh tak tolong carikan tow-truck.

Plus: Tak boleh.

Adik: Kalau saya telefon kakak saya, encik boleh tak tunggu sekejap sehingga kakak saya sampai. Saya bimbang kerana terlalu ramai pekerja tow-truck ‘haram’ yang memujuk ni.

Plus: Saya tak boleh tunggu dan tak boleh buat apa-apa. Ada accident lain di depan sana.

Adik: Tolonglah encik (adik betul-betul merayu kerana dia betul-betul bimbang akan keselamatannya).

Plus: Saya tak boleh tunggu.

Pegawai Plus tersebut terus berlalu tanpa mengusahakan sesuatu. Tinggallah adik aku dgn orang-orang ‘tow-truck haram’ dalam hujan yg lebat dan keadaan yang gelap.

Adik menelefon aku lebih kurang 11:15 pm. Aku terus bertolak dari Seremban tapi hanya mampu memandu perlahan kerana hujan terlalu lebat. Sampai di Tol Simpang Ampat, aku nampak ada tow-truck Plus parking di situ. Sambil menuju ke arah adik aku yg cuma 500 m dari tol tersebut, aku menelefon Plus sekali lagi. Kali ini aku terus meminta bantuan tow-truck yang aku lihat di tol Simpang Ampat. Sampai di tempat kemalangan, terkejut melihat kereta yang sedang mengiring tu dan keadaan adik aku yg dikerumuni hampir 20 orang India yang menjaja khidmat tow-truck. Bimbang dengan keselamatan kami, aku menelefon 999 meminta bantuan polis ronda. Lebih kurang begini perbualannya:

Aku: Encik, saya berada di KM 271.8 menghala ke Kuala Lumpur, lebih kurang 500 m dari Tol Simpang Ampat. Adik saya terlibat dengan kemalangan dan keretanya terbalik mengiring. Kami telah menelefon Plus tapi tiada khidmat yang mereka boleh berikan. Pada ketika ini kami dikerumuni hampir 20 orang penjaja tow-truck. Kami bimbangkan keselamatan kami dan harap encik dapat hantar polis peronda sementara kami menghubungi tow-truck insuran.

Polis: Sudah berapa lama kemalangan berlaku?

Aku: Lebih kurang satu jam.

Polis: Ala…. baru satu jam.

Dan begitu sahaja perbualan itu tamat.

Sementara itu pihak insuran berjanji menghantar tow-truck tapi hanya akan tiba ke situ dalam masa sejam setengah. Selepas mendapat maklumat ini, mrhenri terus menolak khidmat ‘tow-truck haram’ secara baik. Sebaliknya org2 India tersebut meminta duit kononnya upah kerana mereka telah menunggu selama sejam. Tapi nasib baiklah mereka semua bersurai dengan aman walaupun kami tidak mahu membayar ‘upah’ tersebut. Bayangkanlah cuma menunggu mereka sudah minta upah, kalau ambil tow-truck mereka, ntah berapa pula charge nya nanti.

Kami berempat tunggu dalam ‘kaki’ aku. Korang nak tahu, selama sejam lebih kami duduk di dalam kereta itu, Plus tak datang, Polis pun tak nampak bayang. Geramnya aku terhadap Plus!!! Setiap hari aku bayar tol, satu benda pun diorang tak boleh buat. Aku semakin marah bila mengenangkan kalaulah aku takde, adik perempuan aku sendirian/dgn kawannya dalam hujan dan gelap tu. Kalaulah terjadi apa-apa, siapalah yang nak menolongnya?!!! Ayah aku bertolak dari JB, tapi 2-3 jam baru boleh sampai ke situ. Polis pun sama, dah berapa jam pun tak kunjung tiba. Sibuk sangatkah? Bila dah ada yang cedera baru nak sampaikah? Semuanya nak tunggu dah terlambat baru nak tunjuk muka agaknya… Geram… geram…

Lebih kurang pukul 12:50 malam, sebuah kereta peronda Polis tiba. Dengan nada yang garang, pegawai Polis itu menyuruh kami keluar dari kereta persis kami ni penjenayah. Salam yg mrhenri bagi langsung tak berjawab. Korang nak tahu apa yg Polis tu cakap?

Polis: Kami ni datang setelah dapat beberapa panggilan dari orang ramai yang lalu di highway ni.

Aku: (Dalam hati, oooo maknanya bukan dtg setelah aku call tadi rupanya…)

Polis: Kenapa awak tak ambil jek mana-mana tow-truck dan tarik kereta ni pergi? Sekarang ni orang ramai kata Polis tak buat kerja.

Aku betul-betul tersentak dengan percakapan Polis tersebut. Dalam maksud tersiratnya, adakah Polis tu menyuruh kami memperjudikan keselamatan kami semata-mata nak menutup pekungnya? Dalam hati aku, betullah korang tak buat kerja kerana kemalangan berlaku pada pukul 10:30 mlm dan hanya pada pkl 12:50 mlm baru Polis nak menjengah. Itu pun setelah orang ramai kata ‘Polis tak buat kerja’. mmm… sendiri fikirlah…

Macam nilah… aku pendekkan cerita. Alhamdulillah tow-truck insuran tiba dan tarik kereta ke Balai Polis Alor Gajah untuk kami buat laporan. Kemudian kereta ditarik ke Seremban sebelum ditarik lagi esoknya ke bengkel. Isi penting entry aku kali ni ialah, aku sangat-sangat kesal dengan servis Plus kerana sepatutnya merekalah yang ‘menjaga’ highway. Dah kita bayar pun khidmatnya. Tambahan pula ada ura-ura harga tol akan dinaikkan lagi. Tapi rupanya harapkan pagar, pagar makan padi…

Wassalam.