Album Raya 2009
September 27, 2009
Salam Aidilfitri buat semua!!!
Hari ni hari terakhir bercuti raya sebelum mula kerja esok (senin 28hb). Dah puas beraya di kampung halaman, beraya pula di rumah sendiri. Sejak semalam ramai sungguh saudara-mara yg berkunjung di pondok kami ni. Alhamdulillah meriahnya…
Khas untuk tatapan kengkawan Notts or ex-Notts, gambo-gambo kitorang beraya ke teratak muslaily dan istana bahar/awin…

Bersama Iris yg comeyyyy

Happy Hari Raya!!!

Beraya @ Teratak MusLaily

Istana Bahar/Awin
Ada banyak lagi gambo… tapi tak sempat nak upload…
Selamat meneruskan raya kengkawan semua!!!
Salam Aidilfitri Frenssss
September 17, 2009
سلامت هاري راي عيدالفطري معاف ظاهير باطينن

Kenangan beraya bersamamu…

Hari Lahir…
September 10, 2009
Beberapa tahun menyambut birthday dengan famili Kak Cahaya dan Eija… tetiba birthday mrhenri hari ni kitorang celebrate dua orang jek. Bila baca email ucapan birthday untuk Akle Ko daripada Kakak, Kak Chik, Abg Hud dan Yaya, luruh jiwa raga aku…
Betapa aku rindu kat korang semua dan seluruh kengkawan Notts… Aku nak buat video baru tak sempat, ni aku taruk semula video yg aku buat masa Junaidi, Na dan Muadz nak blk dulu… tanda rindu yg teramat kat kengkawan Notts semuanya tak kira yg masih di Notts atau yg telah berada di Malaysia…
Thanks kat semua yang beri ucapan birthday kat mrhenri… itu mamat asik risau dia makin tua hahahaha… umur bertambah tapi nak makin muda camno la plk kan… mau kena inject botox la
090909
September 9, 2009
Sekadar ingin merekodkan tarikh yang cun ini di blog aku…
Esok besday mrhenri… 100909
gerb@ng h@nt@r@n
August 31, 2009
Assalamualaikum,
Salam ramadhan buat semua…
Terbaru daripada adik saya, Ayin… Bekas Kuih Raya yang dihias cantik dengan pelbagai warna, menjadi penyeri di Aidilfitri ini… Untuk tempahan, boleh terus menghubungi Ayin sebelum Aidilfitri menjelang tiba… Jangan lepaskan peluang, kerana anda pasti rugi… Harga teramat-amatlah berpatutan… Satu set hanya RM100 sahaja… Dekorasi dan warna boleh dirunding…Terima Kasih…
Untuk maklumat lanjut, bolehlah mengunjungi blog Ayin. Selain dari bekas kuih, Ayin juga menerima tempahan gubahan hantaran pertunangan dan perkahwinan.
http://www.ayinhussein.blogspot.com/
Bekas Kuih Raya Penyeri Aidilfitri

Bau UK
August 28, 2009
Khas buat tatapan kengkawan Notts… bau-bau UK yang singgah kat hidung aku lately…

Macam mimpi bila dapat jumpa semula Midon dan Dal. Seronok sungguh!!!!!! Buka puasa sesama dan borak-borak sakan. Dal, nanti selalu2 datang rumah aku eh. Melaka-Muor bukan jauh no...

Tengah chat ngan Kak Cahaya...
Sebelum puasa, aku ada ke rumah Ustaz Agus dan Hir untuk majlis aqiqah Amal Maisarah yang sangat comel ni… (made in UK born in Malaysia
)

Mama ooo mama, tgk anak tu macam nak tergolek jek... keskeskes...

Baru 16 day ol' dah pandai main-main... comellah dia....
Ok kengkawan, selamat meneruskan ibadah puasa…
* Takziah buat Wan sekeluarga atas pemergian arwah ayah. Al-Fatihah buat allahyarham Wan Abdullah. Semoga arwah ayah Wan ditempatkan Allah dikalangan orang yang beriman. Didoakan Wan sekeluarga tabah menghadapi dugaan ini.
Wassalam.
Ahlan wa sahlan ya shahru Ramadhan
August 17, 2009
ASSALAMUALAIKUM…
Do’a malaikat Jibril menjelang Ramadhan
” “Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut: * Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada); * Tidak berma’afan terlebih dahulu antara suami isteri; * Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo’a adalah Malaikat dan yang mengamiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.
Oleh itu SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang disengaja , semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, Insyaallah.
‘Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak’
‘Selamat berpuasa dan menjalani ibadah di puasa ini’
(Doa di atas saya dapat dari email kawan, sumber asal doa tersebut belum saya pastikan lagi)
Wassalam.
Lu fikirlah sendiri…
August 13, 2009

Fikir dulu sebelum buang
Pedihnya hati aku tengok orang buang sampah merata-rata. Ada yang buang dari tingkap kereta, dari tingkap bangunan dan yang aku selalu perhatikan ialah buang sampah merata di pasar-pasar malam. Selamba jek buang sampah tanpa rasa bersalah langsung. Padahal tong sampah bosar gadang ada tak jauh dari situ. Depan mata aku, aku tengok orang tua yang buang sampah spt dalam gambar ni. Bukan budak kicik. Salah seorang darinya ialah ibu yang sedang memimpin anak. Aduhai sang ibu yang tersebut tu, jadilah contoh sket kat anak-anak awak. Karang aku kuor pepatah, ‘bapa kencing berdiri, anak kencing berlari’ kang, sensitif la plk (huhuhu dah kuor pun pepatahnya…). Tapi betullah kan…. lu fikirlah sendiri…
* sorilah emo la plk. anyway aku memang tension tgk org buang sampah merata *
dOa ElAk WaBaK
August 12, 2009

Dapat dari blog Reenaz (http://mamapinkie.blogspot.com/). Aku kongsikan untuk kebaikan bersama. Thanks share doa ni Check Ien.
Promosi Program Pascasiswazah
August 3, 2009
Assalamualaikum dan Aloha Frenssss,
Minggu ni UTeM tutup bersempena minggu H1N1 sedunia. Anyway, bukan cuti free ye tuan-tuan dan puan-puan. Hanyalah cuti semester yang diawalkan. Aku diberitahu hanya pelajar yang cuti tapi staf perlu kerja seperti biasa (walau digalakkan juga ambil annual leave). Pagi ni aku pergi kerja macam biasa tapi office sunyi sepi da… Anyway takpelah. Lepak jap di office. Settlekan kerja sket.
Sambil tu meh nak cerita lawatan aku ke Borneo bebaru ni. Story yang agak dah nak basi tapi kehangatannya masih terasa gitu huhuhu
Dekan telah mengarahkan aku mengambil alih tugas Dr Ajian sebagai wakil fakulti utk program promosi pascasiswazah. Seperti biasa, aku sebagai pekerja yang bertanggungjawab, cemerlang, gemilang lagi terbilang ni, tanpa banyak cekadak, hanya menurut perintah. Memula plan nak pergi seorang, tapi setelah lihat list participant ke Borneo tu semuanya jejaka, maka aku pun angkut sekalilah mrhenri walau terpaksa bayar RM1000++ utk tiket MAS. Aku bukan takut pergi sensorg… no hal, memang berani punyer… Yang aku risaukan ialah kalau aku nak merayap di bandar KK dan Kuching nanti aku nak ajak siapa. Especially waktu malam. Kaki aku ni bukan boleh dok dlm hotel jek, mesti nak rayap ke bandar… shopping shopping gitu. Nasib baik mrhenri sudi mencutikan diri dari kerjanya dan follow…
Memula delegasi UTeM ke Politeknik Kota Kinabalu. Prof Razali Muhamad sebagai Dekan Pusat Pengajian Siswazah (PPS) memulakan majlis dengan memperkenalkan dan menerangkan tentang program Master dan PhD yang ada di UTeM. Kemudian wakil fakulti menerangkan lebih lanjut tentang program Master dan PhD di fakulti memasing. Alhamdulillah, aku tak nervous. Presentation aku selama ~ 15 – 20 mnt tu aku kategorikan sebagai success jugalah. Alhamdulillah… di akhir sesi, kami menerima feedback yang ~15 org berminat membuat pendidikan jarak jauh master kerja kursus dalam bidang kejuruteraan pembuatan. InsyaAllah geng PPS sedang susun atur program ni. Mudah-mudahan dapat dijalankan untuk pengambilan Disember.
Gambar-gambar dari camera Zulfatria, PP PPS.

@ Poli KK...

Puan Izan sedang memebelakangkan camera...

Prof Razali Ayob & En Nizam Ayof

Delegasi UTeM @ Politeknik Kota Kinabalu, Sabah.

Promosi di Politeknik Kuching, Sarawak



